Tuesday, September 4, 2007

Bolehkah kita menjadi Jutawan ?

Ramai orang tertanya-tanya bolehkah dia menjadi jutawan ? Bila nak jadi Jutawan ? Macammana nak jadi jutawan ?

Begitu juga dengan saya... dari dulu lagi tertanya-tanya dan tercari-cari..

Tetapi hari ini saya sudah menjumpainya. Ayuh kawan-kawan semua yang masih tercari-cari peluang ini, hari ini saya dah jumpa dan marilah kita sama-sama menerokainya... saya cukup yakin dan percaya, mungkin dalam masa 5-6 tahun dari sekarang kita semua boleh menjadi jutawan !! Mari.. mari.. ikut saya !

Kita fikir sama-sama, kita merancang strategi sama-sama dan kemudian kita laksanakan bersama-sama...

Saya cukup yakin dan pasti suatu hari nanti kita pasti akan jadi jutawan sama-sama.


Persoalannya...BAGAIMANA?


Jika anda menggunakan barangan seperti diatas, dan anda boleh menjana pendapatan dengan menggunakan barangan KEPERLUAN HARIAN ini, adakah anda mahu melepaskan peluang ini?


Untuk keterangan lanjut, pandangan, berminat, hubungi saya...sekarang;

traderiban@gmail.com

Hp: 019-8376133






PERSOALAN MLM

APA YANG ANDA FIKIR

Masih ramai yang beralasan dan menolak bila diperkenalkan dengan MLM. Mari kita bincangkan..adakah anda berpandangan sebegini?

TAK ADA MASA...SAYA SIBUK...LECEHLAH

Betul. Saya setuju dengan anda. Kalau kita berfikir dengan mendalam sedikit sebenarnya kita tidak perlukan masa yang banyak untuk berjaya dalam perusahaan ini. Mari kita perhatikan rutin harian kita. “Bangun pagi, berus gigi, mandi kita menggunakan sabun dan syampu, facial cleanser dan sebagainya. Selepas mandi kita akan bersiap untuk kepejabat atau tempat kerja. Pasti kita menggunakan deodoran, wangian, minyak rambut, sedikit bedak dll. Sarapan, minum kopi, tea, milo susu dll. Kemudian basuh pinggan mangkuk menggunakan serbuk pencuci. Balik kerja, pakaian kerja akan dibasuh dan sebagainya. Kereta kotor, basuh menggunakan car syampu.”


  • Kalau kita perhatikan, segala aktiviti yang kita lakukan seharian memerlukan barangan keperluan harian. Untuk Berjaya dalam perniagaan ini, kita perlu menukar jenama barangan keperluan kita tadi. Untuk meluaskan lagi perniagaan ini dan menjana pendapatan yang lumayan kita harus berkongsi dengan ahli keluarga dan saudara mara. Jangan tamak..tak nak berkongsi cerita. Itu saja…! Adakah perkara ini memerlukan masa yang banyak? Adakah perkara ini mengganggu pekerjaan anda di pejabat? Adakah kita memerlukan masa pejabat untuk melakukannya? Jadi tidak timbul persoalan “tak ada masa” sebab tak kira siapa pun anda, sama ada anda seorang penjawat awam, pekerja swasta, pelajar, pensyarah, doctor, YB, tukang sapu dll.. kita semua adalah PENGGUNA yang mempunyai masa 24 jam sahaja dan kita sama-sama mengunakan barangan keperluan harian yang sama. Cuma jenama sahaja yang berbeza. Tetapi kalau kita diberi peluang untuk memilih jenama yang boleh memberikan pulangan yang hebat adakah anda akan melepaskan peluang tersebut?
    “Kalau kita anggap diri kita tak ada masa…sibuk..tetapi duit banyak dalam bank..tak apa. Berbaloi. Tetapi kalau sering-sering anggap diri sendiri selalu sibuk…malah duit pun tak ada..maknanya anda bukannya sibuk..tetapi hanya ‘penyibuk’ sahaja!”

TAK KENAL ORANG...TAK TAHU CAKAP...

Memang betul. Ramai orang berpandangan sebegini. Peniagaan ini memerlukan kita berkongsi kebaikan dengan orang lain ntuk lebih berjaya. Tetapi saya tak kenal orang, tak tahu cakap..malu. sebab itu saya tak mahu.Kenapa ramai orang berpandangan sebegini? Saya pun tak faham. Nampaknya kalau kita ajar burung tiong atau burung kakak tua untuk bercakap, mungkin burung tiong itu boleh jadi jutawan. Mungkin..PASTI si burung tiong itu tahu nak cakap pasal berus gigi, ubat gigi, syampu, makanan kesihatan dsbg. Habis tu, kita sebagai manusia yang sempurna ciptaanNya MENIDAKKAN kebolehan diri untuk bercakap tentang sesuatu yang baik. Bukankah ini menunjukkan yang ramai orang tidak bersyukur dengan kurniaan Tuhan? Kalaulah suatu hari Tuhan tarik balik keistimewaan ini… anda fikir-fikirkanlah…terpaksa belajar daripada burung tiong.


  • Apa yang anda tak tahu nak cakap? Kenapa tak tahu cakap? Sebab tak pernah cuba. Tanya diri sendiri. Tak pernah guna berus gigi, ubat gigi, serbuk pencuci, car syampu, makan vitamin, minum minuman berkhasiat dsb. Pernah atau tidak? Adakah susah sangat nak cakap perkara sebegini? Budak tadika pun boleh cakap tentang ubat gigi, berus gigi dsbg. Jadi apa masalah kita yang dah dewasa? Dah tak tahu cakap?

MALU..TERPAKSA CARI ORANG..MALAS NAK CARI ORANG…

Apa yang nak dimalukan? Bukankah kita bercakap dan bersembang tentang sesuatu yang memberi faedah kepada kita dan orang lain? Kalau sesuatu perkara itu baik dan boleh menguntungkan kita yang bergelar sebagai ‘konsumer’, kenapa harus malu nak cakap? Habis tu..mengumpat, mencari kelemahan orang lain, bergosip, mengkritik orang lain…itu tak malu?

  • Menjadi masalah besar jika kita sering-sering kata tak kenal orang. Tanya diri sendiri, takkan dah tak kenal ahli keluarga, abang, kakak, adik, saudara-mara, uncle, aunty, ipar duai, jiran dsbg. Masa harijadi anda, siapa yang datang? Majlis perkahwinan anda, siapa yang datang? Hari Gawai, Raya, Tahun baru, siapa yang bertandang ke rumah anda? Adakah mereka-mereka ini orang yang anda tak kenal? Rakan sepejabat anda, rakan sepermainan? Habis tu..nama-nama dalam handphone anda tu…orang yang anda tak kenal? Mereka ini siapa? Mereka juga adalah konsumer seperti kita.

    Terpaksa pulak nak cari orang…leceh. Kenapa anda berpandangan sebegini? Sebenarnya..untuk Berjaya dalam biznes ini..kita tak perlu nak cari orang. Sebab tak ada orang yang hilang. Kalau ‘orang’ tu hilang barulah kita ajak satu kampung atau 'selori' polis untuk mencari orang yang hilang itu. Kalau anda fikir nak cari orang, maknanya istilah dan pemikiran yang anda gunakan itu tak betul. Disini kita bukannya nak cari orang…kita MEMPELAWA..berbincang, dan memberitahu kepada kenalan dan saudara mara tentang suatu peluang. Kita beritahu kawan-kawan..tukar jenama barangan keperluan harian…ikut seperti ‘saya’ sambil berbelanja boleh dapat untung. Bukahkah setiap hari kita sering-sering mempelawa saudara-mara untuk berbuat sesuatu? Contohnya..mari! mari..kita melihat satu peluang.

“Kalau malu boleh menjadikan kita kaya…teruskan, jangan malu. Kalau malu boleh menjadikan kita miskin, anda harus berubah..jangan malu”
- MDAM Murad Basir -



TERPAKSA BELI BARANG…MESTI NAK 'MAINTAIN' SETIAP BULAN

Betul. Saya setuju dengan anda. Kenapa? Apa masalah anda dengan nak ‘maintain’? Setiap hari kita menggunakan keperluan harian. Jika sabun basuh habis..kita akan pergi beli. Jika syampu, minyak rambut habis..otomatik kita akan pergi beli. Kopi habis, serbuk pencuci habis kita pasti akan beli. Maknanya setiap bulan kita pasti akan pergi beli. Wajib beli! Betul tak? Jadi, kalau tak beli di kedai runcit, kita akan beli di supermarket, kedai pak Lee, mini market Ah Meng dsbgnya. Jadi..ini maintain ke tak maintain? Sebenarnya..sama saja..kita harus maintain barang keperluan harian. Setiap bulan kita pasti nak maintain. Persoalannya…kita maintain di kedai biasa-biasa atau di kedai yang luarbiasa? Tanya diri sendiri apa yang kita dapat? Tetapi kalau ada sebuah ‘kedai’ yang ada barang-barang keperluan harian ini, dan kita tukar jenama yang biasa-biasa kita pakai, beli di kedai yang boleh memberikan pulangan yang lumayan…adakah anda mahu ketinggalan?



“Tuhan tidak pernah menyempitkan rezeki hambaNya. Mereka sendiri yang sering-sering menyempitkan rezeki yang Tuhan telah sediakan”


KAU BOLEH…ada ciri-ciri orang kaya, boleh kaya…aku tak boleh

Bila kawan saya beritahu sebegini kepada saya, saya kata “Betul juga kata you tu”. Kemudian saya tanya balik “Ciri-ciri orang kaya ni cammana?” oh..beliau pun kata “ciri-ciri orang kaya ni, pakaiannya kemas, guna barangan yang berjenama mahal, kereta ada ‘clazz’ blab la bla dsbg”. Saya kata “Tahniah…kalau camtu kau pun boleh kaya”. Tuan/puan…kita dicipta oleh Tuhan dengan segala ciri-ciri yang sempurna dan sama adil. Pernah tak dalam sejarah kehidupan manusia, bila bayi tu lahir kedunia, di dahinya tertulis, “Bakal orang kaya”, atau “Bakal orang miskin”? Persoalannya hari ini bukan masalah anda ada ciri-ciri orang kaya atau pun tidak. Ramai manusia yang sengaja memupuk ciri-ciri nak jadi orang miskin daripada nak kaya.


TAK MINAT….I’m not interested…lagipun saya minat dengan pekerjaan saya sekarang. Terjamin…
Apa yang anda minat? Anda minat dengan pekerjaan anda sekarang? Saya ada seorang kawan yang betul-betul minat memancing. Walaupun beliau mungkin tak dapat udang atau ikan di lubuk tersebut, tetapi hari berikutnya pasti beliau datang lagi memancing di tempat yang sama. Beliau begitu minat sekali walaupun tak dapat hasil. Petang pula, kawan saya ni suka main bola. Kasut beliau harga lebih 200, stoking lagi, beg pakaian, ‘gate’ kaki semua beliau beli sendiri, guna duit sendiri. Tak kira apa keadaan cuaca kalau ada bola mesti ada kawan saya ni. Kalau ada kawan saya ni, mesti ada bola. Begitulah rutin beliau, walaupun tak ada yang bagi duit beliau tetap turun main bola. Punya la minat sungguh.. Tuan/puan..hari ini kalau anda kata anda minat dengan pekerjaan anda..tahniah saya ucapkan kepada anda. Apakata anda turun kerja seperti biasa tetapi hujung bulan tu majikan anda tak bayar gaji anda. Ataupun 3 bulan anda bekerja…majikan tetap tak bayar gaji. Macamana..adakah anda masih berminat dengan pekerjaan anda? Kalau ‘minat’, orang tak bayar gaji pun kita tetap akan turun kerja. Seperti cerita kawan saya tadi, orang tak bayar gaji pun tetap turun memancing, tetap main bola. Itu barulah ‘minat’. Maknanya hari ini kita bekerja bukan kerana kita minat sungguh dengan pekerjaan kita…kita harus bekerja dan terpaksa bekerja. Sesambil tu kita berusaha di CNI untuk menambahkan pendapatan dengan lebih banyak. Mempelawa kenalan dan saudara-mara supaya bersama-sama mendapat hasil yang lumayan. Macamana..adakah anda berminat?

SAYA MASIH BELAJAR…tak ada duit…
Apa masalah anda? Adakah orang yang masih belajar tak perlu guna berus gigi, ubat gigi, syampu, minyak rambut, tuala wanita, bedak, deodorant, vitamin dsbg? Kalau tak ada duit..anda harus mulakan sekarang cari duit sambil belajar. Ringan sikit beban orang tua. Sepatutnya…anda harus mulakan hari ini membina kerjaya anda dalam bidang ini. Kenapa perlu tungu sehingga habis belajar baru nak mula? Kalau anda mulakan sekarang, ceburkan diri dalam bidang ini setahun dua tahun, anda dah ada pendapatan sendiri. Kalau pendapatan anda RM1200 sebulan melalui perniagaan ini bagaimana? Bila tamat pengajian, anda tetap akan cari pekerjaan, kena pergi interview. Interview satu hal, nak compete lagi dengan pelajar yang lain? Nak cakap omputeh lagi. Bayangkan anda telah mengambil langkah bijak..dengan mengusahakan perniagaan ini masa anda masih belajar dulu..hari ini bila anda kena tendang masa interview pun anda akan tetap tersenyum. Mengapa? Sebab anda dah ada pendapatan terjamin RM1200! Hari ini statistic menunjukkan lebih 34 ribu pelajar masih belum bayar PTPTN. Mengapa? Sebab pendapatan belum cukup. Bayar minyak kereta, motosikal, tol, makan minum masa kerja, prepaid, sewa dsbg. Yang dah bekerja masih giat mencari pekerjaan yang baru, ‘new post’. Mereka dah ada experience berbanding yang baru graduates. Sebab tu hari ini, masih ramai juga yang menganggur walaupun dah tamat pengajian 2, 3 tahun. Adakah anda yang masih belajar ingin mengikuti jejak yang sama? Masa depan..anda yang menentukannya…kalau anda diberi peluang luarbiasa ini..rebut saja. Jangan bertangguh! Ibu bapa hantar kita belajar hinga ke menara gading supaya kita boleh dapat pekerjaan suatu hari nanti dan memperolehi pendapatan untuk menyara keluarga dan ibu bapa, bukannya untuk menjadi pengangur. Bukankah elok sekiranya sesambil kita belajar, sesambil tu kita menjadi usahawan. Hasilnya nanti..kita Berjaya dalam pengajian, ada ijazah dan juga berjaya dalam bidang keusahawanan. Fikir-fikirkanlah….

MDAM Ashaari Sirat, Kuching Sarawak hanya kelulusan SRP (itu pun tak lepas) tetapi merebut peluang di CNI, menjadi usahawan, 4 tahun 10 bulan berjaya mencapai pangkat tertinggi di CNI. Beliau cerita pasal sabun, ubat gigi, berus gigi dsbg. Tak ada cakap omputeh berjela-jela, tetapi pendapatan melebihi 5 angka setiap bulan. Bagi anda yang graduate, bagaimana? Kalau anda gunakan kelebihan anda sebagai seorang graduate…anda pasti akan lebih Berjaya di CNI. Kalau tak percaya..cuba try test!


BERSAMA
MILLION DIAMOND AGENCY MANAGER ASHAARI SIRAT
DI PARKCITY EVERLY HOTEL
BINTULU, SARAWAK


Kalau kita memilih untuk menjadi pengguna bijak merangkap usahawan setia, kita PASTI akan berjaya.

Fikir-fikirkanlah...

Luarbiasa!...semasa GBOS Bersama Million Diamond Agency Manager Murad Basir di Bintulu.